Tuesday, September 2, 2008

Ambang Merdeka ke-51


30 Ogos 08 : Bermula seawal 6.15 petang, Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 dimulakan dengan solat magrib & isyak berjemaah dan bacaan yasin. Majlis dihadiri kira-kira 300 orang pelajar dan kakitangan HBS serta ahli keluarga maisng-masing. Dimulakan dengan ucapan Pengarah JPMK, Prof. Madya Dr. jamil b. Hashim, diikuti dengan ucapan perasmian oleh TYT Datuk Zainal Abidin b. Ab Kadir, Duta Besar Malaysia ke Mesir. Bagi menyerikan lagi majlis, pelbagai persembahan diadakan termasuk sajak dan puisi, dendangan lagu-lagu patriotik seterusnya persembahan seni silat. Tepat jam 12.01 malam laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! bergema di Dataran Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah. Semoga kita terus mempertahankan kemerdekaan tanahair tercinta...PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

No comments: