Friday, August 29, 2008

Majlis Konvokesyen 2008


24 Ogos 2008 : Bertempat di Al-Azhar Conference Center, Kaherah berlangsung Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Univ Al-Azhar kali ke-3. Disertai lebih 180 orang graduan dari seluruh muhafazah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada 10 orang graduan siswa/i yang berjaya mendapat pangkat jayyid jiddan khususnya 3 orang dari Kuliah Banat Iskandariah; Roziah bt Shariff, Norshuhada bt Jaafar dan Siti Nor Hidayah bt Rosli.
Majlis diserikan dengan kehadiran tokoh ulama terkemuka, Syeikh Al-Azhar Prof. Dr Mohamad Sayyid Tantawi dan TYT Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia ke Mesir. Turut hadir Timbalan Presiden Universiti Al-Azhar, Prof Dr. Abdullah al-Husaini dan Tn. Hj Ibrahim bin Ali, wakil Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Mabruk kepada semua graduan dan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis yang bersejarah ini.

No comments: