Wednesday, May 20, 2009

Kenduri Widak & Nazar- 1 Mei 09


Gambar kenangan dgn pelajar Sabah

Menjamu selera

AJK Persediaan...syukran jazilan

Chef import dari Damanhur...tk

AJK melepaskan penat di meja makan

Wednesday, May 6, 2009

Program B.O.O.M for Alex medical students





24 April 2009- Sempena Program B.O.OM yang bermatlamat melahirkan Outstanding Muslim Doctors, saya telah dijemput menjemput menjadi ahli panel Forum Muslim Berkepimpinan Pemacu Ummah bersama Pengarah MARA Mesir, Ust Ishak Osman dan Presiden Persatuan Medic Dr. Ahmad Wafi.
Pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti LDK, pertandingan public speaking, persembahan, lakonan dll bagi memupuk semangat ukhuwwah dan membina leadership value di kalangan pelajar perubatan. Tahniah kepada pihak penganjur...



Monday, April 27, 2009

Jadual Imtihan Sem 2 Sesi 2009/2010

Dimaklumkan bahawa Tarikh Peperiksaan Semester Kedua sesi pengajian 2008/2009 Universiti Al-Azhar untuk peringkat Sarjana Muda bagi semua fakulti sama ada di kampus Kaherah dan Zon Luar Kaherah (Aqalim) adalah seperti berikut:

Peperiksaan Semester Kedua (Semua Tahun) Mulai 16 Mei 2009 (Sabtu)
Peperiksaan Ulangan (Tahun Akhir) [Tasfiah]5 September 2009 (Sabtu)

Untuk jadual peperiksaan ulangan (takhalluf) dan ujian lisan (shafawi), sila rujuk jadual di fakulti masing-masing di setiap kampus.
Selamat Menghadapi Peperiksaan. Semoga Berjaya.
Sekian, Terima kasih.

Rujukan: http://www.azhar.edu.eg/Azhar/highdgreeexam.htm

Sunday, April 26, 2009

Jejak sejarah di Aswan & Luxor











Bacaan Yasin,Tahlil & Solat Hajat


11 April- Solat isyak berjemaah diikuti dengan solat hajat, bacaan yasin, tahlil dan solat hajat. Syukran jazilan kepada Ustaz Sukimi dan rakan2 yang bertungkus lumus menyediakan juadah hidangan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol.
Semoga semua berjaya dalam imtihan yang bakal tiba...

Port Said & Dumyat




3-4 April 09: Jaulah ke Port Said (pelabuhan) dan tempat free duty bersama 14 orang ahli rombongan, diikuti dengan lawatan ke Rass Al-Barr Dumyat,tempat pertemuan antara sungai Nil dan Laut.

Thursday, April 16, 2009

Kunjungan sahabat dari France







Monday, March 30, 2009

Diari 10 hari


18 Mac: Lawatan Ketua Pengarah ke Bangunan MARA, Iskandariah


19 Mac: Tahniah kepada pasangan Lokman- Faiqah (baby-Fatimatuzzahra')

20 Mac : Mabruk kepada Syed Farouk (Medic) yang telah mendirikan rumahtangga.


20 Mac: Malam Semarak Kasih Anjuran Perwakilan Kaherah di DMAK

22 Mac : Majlis Happy Mothers Day at Future American School

26 Mac: Sambutan Malam Kembara Palestine anjuran pelajar Perubatan Alex

27 Mac : Menerima kunjungan sahabat Dr. Kaseh Abu Bakar (UKM)

Thursday, March 19, 2009

XPDC Maulidur Rasul Mahasiswi Iskandariah

Sun Rise - Jabal Sinai

Barliv

Uyun Mousa

13-15 Mac : JPMK Cawangan Iskandariah telah mengadakan ekspedisi sempena Maulidur Rasul khusus bagi mahasiswi Iskandariah. Seramai 40 orang peserta termasuk 5 orang AJK dari Damanhur turut menjayakan program ini. Tahniah kepada semua yang telah berjaya menawan puncak Jabal Musa atau St.Catherine/ Sinai. Malah ada yang berjaya sampai ke puncak dalam tempoh 2 jam sahaja. Banyak tempat bersejarah yang telah dilawati sekitar Dahab, Taba dan Sinai. Semoga iktibar kisah dan perjuangan Nabi Musa a.s dalam menyampaikan dakwah kepada kaum Bani Israil menjadi pengajaran kepada kita semua.

Pendaftaran BM SPM(U)

Pengumuman Terkini:

Kepada siswa/i yang berminat untuk menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Sijil Peperiksaaan Malaysia (Ulangan) Tahun 2009, sila mendaftar segera dengan JPMK atau hubungi Ust Yazit Kechik (010 7020264), Puan Habibah Mat Rejab (010 3774153) dan Ust Nik Ahmad Sukime Nik Leh (010 6810668). Tarikh pendaftaran sehingga 26 Mac 2009 manakala tarikh peperiksaan BM SPM(U) dijangka akhir bulan JUN 09.

Harap maklum.

Monday, March 2, 2009

Jordan...selepas 15 tahun


Entri kali ini saya tujukan khas kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama menjejakkan kaki pada awal Sept 1989 ke bumi Jordan....Kak Zaiton Ibrahim dan Tuan Zulaikha yang kini bertugas di Kelantan, ukhti Zainon di Terengganu, Kak Naimas Ngah di Johor. Tak lupa buat sahabatku Salmi Ishak di Jeddah, Nik Farhan di UPM dan Zahriah Husin di UKM, Bangi.
Barangkali dengan menatap gambar2 ini dapat mengubat kerinduan pada bumi yang pernah menyaksikan perjuangan kita menuntut ilmu selama 4 tahun...

Majlis Wida' Warden DMAK



Ma'as Salamah diucapkan kepada Ustaz Azhari Yaakob (Warden Dewan Malaysia Abbasiah), isteri Puan Fatimah serta anakanda Farhani. Beliau kembali bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah mulai 1 Mac 2009. JASAMU DIKENANG SELALU