Thursday, June 12, 2008

Asrama Mara Di Iskandariah







7 Jun 2008 - merupakan hari yang amat bersejarah bagi pelajar-pelajar perubatan Universiti Iskandariah. Kehadiran Menteri MECD YB Datok Noh bin Omar serta Ketua Pengarah MARA, TYT Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir diiringi dengan delegasi MECD, MARA ke Sesotrice Street bagi merasmikan bangunan asrama MARA yang bakal menempatkan pelajar baru sesi 2008/2009. Dijangkakan akan siap sepenuhnya sekitar Julai atau Ogos 2008 dengan kapasiti 112 pelajar. Hanya lebih kurang 10 minit berjalan kaki ke Fakulti, ternyata asrama ini pasti menjadi solusi kepada masalah penempatan pelajar perubatan di Iskandariah yang melebihi 300 orang ketika ini.
Yang paling istimewa dan saat-saat yang ditunggu sekian lama oleh pelajar apabila YB Menteri mengumumkan kenaikan elaun sara hidup pelajar perubatan tajaan MARA daripada USD 224 sebulan kepada USD 420 berkuatkuasa mulai April 2008. Ucapan syukur dan terima kasih wajar dibalas dengan menunjukkan lonjakan saujana dalam pencapaian akademik dan sahsiah saudara saudari semua. Alhamdulillah

No comments: