Wednesday, May 7, 2008

Malaysian Day di ALEX dan aktiviti Mei

1. 'Malaysian-Day' anjuran kuliah Perubatan universiti Iskandariah, pada 3hb Mei, Sabtu mula jam 11.00 pagi hingga jam 3 petang. Meriah dengan kehadiran TYT Duta Besar Malaysia Ke Republik Arab Mesir, Datok Zainal Abidin Abd Kadir dan Dekan Fakulti serta tetamu kehormat lain, diisi pelbagai program dimulai sambutan kompang dan bunga manggar, ke satu pertunjukan seni silat, diikuti majlis di Dewan Utama seperti Ucaptama, persembahan-persembahan dikir barat, zapin, nasyid dan kugiran; majlis anugerah kecemerlangan pelajar pelbagai kategori dan lawatan ke ruang pameran tema Malaysia seperti hasil kerja kursus pelajar, pakaian tradisi, permainan, alat muzik, pendidikan dan lain-lain.

2. Program Motivasi di JPMKcI pada 4.5.08 anjuran KUIM, berkisar penekanan kaedah 'bijakbelajar' dan 'bijak ulangkaji' untuk peperiksaan.


3. Pada 5.5.08 satu temuduga tawaran biasiswa MAIWP di pejabat JPMKcI mulai jam 10 pagi hingga 4 petang, dan juga melawat pelajar di wad Hospital 'Sadr' Maamora (bersama Peg kebajikan Negeri Kedah, Ustaz Zakaria Osman.


4. 18.5- Majlis Ramah Mesra bersama YAB TPM di Hotel Intercontinental, Cairo.


5. 20.5- Lawatan khas ke bangunan MARA melihat perkembangan terkini penyiapan bangunan, sempena bakal menerima kehadiran Menteri pada awal bulan Jun.


6. 30.5- Majlis Khutubah & Tunang di apatmen 801 Umm ElQura. dengan En Mohd Puat sekeluarga mewakili pihak lelaki manakala kami bagi pihak perempuan. Bertuahnya majlis diserikan sama kehadiran S.S Datuk Mufti Kerajaan Kelantan.

7. Memenuhi jemputan majlis Doa Selamat di rumah pelajar NurHani Jaludin, NorEsah Sapari, dan Sobah bt Zahari (yang akan kembali ke Malaysia)

8. Akhirnya, sempena MUSIM IMTIHAN, kami di JPMKcI mengucapkan selamat berimtihan, teruskan perjuangan, moga menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan cemerlang dan berjaya segera menamatkan pengajian anda dengan pencapaian terbaik! 'Allah yowaffaqkunna'



No comments: