Tuesday, April 1, 2008

April 2008!








Bermula April beberapa program, peristiwa dan majlis dilaksanakan, antaranya..
1. Tusyen Intensif musim ke 3 bermula.. antara subjek tumpuan ialah Adab-Balagha (madah takhalluf) bagi pelajar Syariah Tahun 4 dan subjek Balaghah untuk pelajar Tahun 4 Bahasa Arab. Doakan semua berjaya. Amin.
2. Sambutan Maulidur Rasul di Markaz Pelajar Sabah, Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab Iskandariah yang diadakan pada 3 April bagi mengenang dan menghayati sejarah perjuangan dan sirah Nabi Muhammad S.A.W.
3. 5 April- Dijemput menjadi ahli panel Forum Islami: Isu Murtad di Malaysia bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah bersama Ustz Ali Ghadafi dan Ustz Mohd Nazir Walid. Perasmian majlis penutup oleh Datuk Dr. Yusof bin Kasim dari Kementerian Pengajian Tinggi. Pada hari yang sama juga berlangsung pendaftaran BM Julai yang bertempat di pejabat JPMK cawangan Iskandariah.
4. 11 April - Jaulah Sehari anjuran Madinah Jami’iyyah, Kuliah Tibb bersama pelajar puteri Fakulti Perubatan Tahun 1 ke Montaza dan Malahi, Maamura.
5. 12 April- Majlis Kesyukuran dan Penghargaan kepada semua AJK sempena kejayaan program MECC 2007 di Restoran Nile Tourist. Majlis diserikan dengan kehadiran TYT Datuk Duta Besar Malaysia di Mesir, Datuk Zainal Abidin bin Abdul Kadir.
6. 17-19 April - Kursus Kecemerlangan Penghuni Dewan Malaysia Abbasiah bertempat di Hotel Sanafer, Hurghada. Pengisian dimulakan oleh En. Puat Mohd Yusof mengenai halatuju, diikuti oleh Pn. Habibah mengenai peranan al-azhari/ah, seterusnya panduan dan tips kecemerlangan oleh Ustaz Yazit Kechik. Sesi petang diisi dengan slot pengurusan kewangan oleh Pn. Rohaya an diakhiri dengan sesi penerangan peraturan DMAK oleh Ustz Azhari Yaakob. Sedikit kejutan untuk Pn Rohaya apabila diminta berucap lewat tengah malam bagi majlis perpisahan beliau.
7. 23 April- Satu sesi temubual dengan Lajnah Quality Assurance yang berlangsung dengan beberapa orang wakil pelajar Perubatan di Universiti Iskandariah.
8. Daftar pelawat Iskandariah diserikan dengan kehadiran tetamu dari Malaysia iaitu dengan kehadiran pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia pada 4/4, diikuti dengan ziarah mahabbah mantan Pengarah Urusan Haji Datuk Dr Hj Azmi dan keluarga pada 16/4, seterusnya ziarah ibu bapa pelajar perubatan pada 25/4.

Akhirnya, ucapan kepada semua mahasiswa/i Al-Azhar yang akan memulakan imtihan fasal 2 pada awal Mei ini sehingga pertengahan Jun 2008 Semoga berjaya, dikurniakan ketenangan dan ketabahan untuk menghadapinya. Moga kejayaan menjadi milik kita semua...

No comments: