Monday, March 24, 2008

Peristiwa Mac

Mac merakam pelbagai aktiviti dan peristiwa, antaranya:

1. Raikan ibu kepada pelajar Perubatan Mohd Amin Khairudin, pada 4/3 di apatmen 801.. Ahlan wa sahlan Puan Suzana!










2. Majlis perjumpaan rombongan UniKL, dengan wakil pelajar Perubatan Alex di Sporting pada 11/3..Datuk Zamani dan delegasi beramah mesra dengan pelajar serta mendedahkan peluang kerjaya di UniKL. Diakhiri dengan dinner...makan pizza!









3. Forum Peranan Mahasiswa anjuran DPMT di Tanta pada 12/3, serta penyerahan sumbangan JPMK.. Syukran jazilan dan semoga bersemangat untuk meneruskan perjuangan ilumuan di bumi anbiya'. Jangan terus leka..Semoga berjaya dunia akhirat.








4. Kata-kata aluan sempena pelancaran Unit Hisbah dan Unit Bait Muslim anjuran chapter-Perubatan Alex, pada 14/3 .. Jangan lupa tujuan asal ke sini, dan jangan hampakan harapan ibu bapa yang sabar menunggu dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya.







4. Temui adik-adik pelajar asrama perempuan Perubatan Year 1, 16/3 serta pemberian bank draf ESH.. Harap sentiasa tabah dan diberi keazaman yang jitu menghadapi cabaran.









5. Xpedisi Matrouh-Siwa, 20-22/3:









Bermula seawal jam 6.30 pagi dari perkarangan apatmen 801, dengan menaiki Van Andalus, kapasiti anggota seramai 15 orang bergerak jam 7 pagi dan tiba di destinasi pertama, kesan sejarah berupa makam tentera Jerman, Inggeris dan Itali semasa perang dunia, sebelum sampai di bandar Matrouh kira-kira jam 11.30 pagi, terus ke pantai Ageeba, diikuti pantai Cleopatra sebelum ke tempat penginapan di Al-Qasr. Petang, bersiar-siar di pantai Al-Khaleej dan menunaikan solat Maghrib dan terus ke Souq Libya dan makan malam ringan berupa hidangan Shawerma. Keesokannya, kami menuju ke Siwa, bergerak jam 7.30 pagi menempuh perjalanan 300km ke selatan, dan tiba kira-kira jam 11 pagi disambut Tuan Imam Masjid Jamek Siwa, Ustaz Idris Al-Siwy, (sahabat sekuliah Ustaz N A Sukimi) untuk melawat lokasi pertama, Jebel El-Mowta, kesan sejarah pemakaman umat terdahulu yang terdapat di sini. Berikutnya, kami ke rumah tuan imam seterusnya untuk menjadi tetamu beliau, sementara kami menunaikan solat Jumaat diimami beliau sendiri dan khutbah, lalu dengan hidangan makan tengahari yang enak sekali, selepas rehat seketika meneruskan perjalanan ke lokasi berikut sekitar kota Siwa, iaitu Maabad Amoun / AlWahy, ke 'Ain Cleopatra / Guba Spring, dengan air yang jernih, bersih dan dingin; perjalanan diteruskan melalui kawasan kebun kurma dan zaitun di kiri kanan kami, juga melalui satu kawasan lapang tempat acara pesta menuai / selama 3 hari dalam setahun, di sekitar Jebel El Dakrour, turut sempat menziarahi tempat bersemadinya seorang pelajar Malaysia yang meninggal dunia 2 tahun lepas di Siwa (al fatihah), dan singgah sebentar menghilangkan haus dengan segelas besar jus air tebu ([q]asab) yang amat terkenal di Mesir, kemudia melawat satu lagi kolam air berhampiran sebuah kilang air tabii sedang dalam pembinaan, jenama 'Aman Siwa', sebelum menunaikan solat Maghrib di sebuah masjid di Siwa, manakala pelajar puteri terus ke majlis walimah kerabat tuan imam, diikuti mendaftar di hotel untuk khidmat diri lalu kembali ke pekan untuk makan malam dan beli belah. Keesokannya, Sabtu selepas mengemaskan beg pakaian untuk pulang ke Alex, kami berpeluang menziarahi Shali Siwa, kota lama Siwa yang menjadi penempatan awal dan asal penduduk di sini, seterusnya ke luar kota sejauh 30 k.m. menuju Ain Shrouf, di sana sebuah kilang proses air tabii berjenama Hayat, untuk mendapat gambaran sebenar proses penghasilan produk ini, sebelum taklimat oleh Saudara Ahmad, sempat merasa buat Tout / raspberi yang terdapat di dalam kawasan kilang. Sebelum pulang, sempat menjenguk sebuah kolam mata air bersebelahan kilang, yang dinyatakan tempat kejadian kemalangan / lemas di atas. Kami meninggalkan tanah Siwa jam 11.30 pagi dan sampai semula di Matrouh jam 2.30 petang, menunaikan solah di sebuah masjid di bandar itu, sebelum mencari hidangan makan tengahari di sebuah restoran tradisional, untuk di bawa ke pantai, kemurahan hati orang Mesir terserlah tanpa kami sedari, di mana Imam masjid yang kami singgah tadi berbesar hati belanja kami makan tengahari di restoran tersebut, jazahuLlah khairan, kami ke pantai Roumel untuk seketika, mandi laut dan makan, sebelum menunaikan solat Maghrib berjamah seterusnya bergerak untuk kembali ke Alex jam 7 malam dan sampai jam 11 malam, AlhamduliLla ala s-salaamah!

6. Meriahkan sama Hari Keluarga puteri perubatan Alex, pagi 28/3. Pelbagai acara sukaneka disediakan dengan hadiah menarik. Ramai juga yang mencuba bakat untuk berniaga makanan. Seterusnya Malam Palestin pada sebelah malam, bagi mengingati jerih peyih perjuangan saudara kita di bumi Palestin.
7. Takziah buat Pn Salwa pulangnya ke rahmatuLlah ayahanda beliau, Wak Jasman pada pagi Isnin 31 Mac, AlFaatihah!

No comments: