Saturday, December 1, 2007

Majlis Ramah Mesra Bersama Pelajar MARA



Tanggal 25 Nov 2007- seawal jam 10 pagi lagi, 350 orang pelajar Perubatan Tajaan MARA di Universiti Iskandariah telah memenuhi ruang Dewan Hotel Sheraton Montaza bagi meraikan ketibaan Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan delegasi daripada MECD dan MARA. Turut hadir Datok Noraini Ahmad selaku ahli majlis MARA. Pelajar juga turut menjamu selera di hotel sambil beramah mesra dengan tetamu kehormat. Kesempatan ini juga diambil oleh Persatuan Pelajar Perubatan untuk menyampaikan memorandum yang di antara kandungannya memohon kenaikan elaun.

No comments: