Sunday, December 2, 2007

KARNIVAL KERJAYA TIMUR TENGAH

Petang 25hb Nov 2007, kira-kira jam 3.30 petang hampir 350 orang pelajar termasuk Pengajian Islam dan Perubatan bergerak serentak; sebanyak 7 buah bas menuju ke DMAK dan Hayy 'Asyir bagi menyertai Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007 yang julung-julung kali diadakan.

26 Nov, 9 pagi - Karnival Kerjaya yang bertempat di Cairo International Conference Center (CICC) ini dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dengan sambutan kira-kira 3,000 orang termasuk tetamu kehormat dari Malaysia, wakil-wakil syarikat, wakil IPT dan juga pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang hadir dari seluruh muhafazah. JPMKcI berbesar hati kerana 5 orang pelajar; 3 orang siswi Pengajian Islam dan 2 orang pelajar Perubatan dari Iskandariah telah terpilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan. Hadiah berupa wang tunai LE 1000, sijil penghargaan, plak dan sepasang persalinan. Tahniah kepada Roziah Sharif, Noor Amirah Mohamad, Hasanah Khairudin, Laila Sakinah Aminudin dan Mohd Yaser Ahmad Muslim.

27 Nov - Karnival diteruskan lagi dengan program pengisian termasuk seminar kerjaya dan forum yang dikendalikan oleh tokoh-tokoh dan cendekiawan tanahair. Kesempatan juga diambil oleh para peserta untuk mengunjungi kira-kira 40 ruang booth yang dipamerkan. Bagi pelajar yang telah tamat pengajian pula, peluang keemasan ini tidak disia-siakan, di mana mereka turut mengambil bahagian dalam walk in interview.

Terima Kasih kepada semua AJK dan pelajar-pelajar Iskandariah yang telah memberi kerjasama penuh dalam menjayakan program ini.
Bakal graduan berprinsip memang dialu-alukan menyertai sebarang tawaran kerjaya, kerana 'benih yang baik, campak ke laut jadi pulau, campak ke darat jadi bukit'...

No comments: