Sunday, January 25, 2009

Ma'arad/ Pesta Buku ke-41




Sekali lagi berkesempatan mengunjungi Ma'arad Kitab Al-Dauli ke 41 di Cairo, Mesir. Pameran dibuka kepada orang ramai mulai 23 Januari sehingga 5 Februari 2009. Dengan bayaran tiket hanya 1 pound egypt EGP anda berpeluang meneroka dunia ilmu pengetahuan dan penerbitan terkini dari pelbagai negara. Masa pameran jam 10 pagi sehingga 7 malam kecuali hari Jumaat, 2 petang sehingga 7 malam. Nampaknya masih belum ramai pelajar Malaysia yang berkunjung ke pameran ini kerana barangkali sibuk dengan imtihan..Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

No comments: