Thursday, October 23, 2008

Terkini dan Mutakhir Ramadhan, Syawal 1429H


Beberapa pengisian sepanjang Ramadan dan Syawal yang dijayakan dan dihadiri antaranya

Ramadhan

1. Pada 5/9- Menjadi hos mesyuarat sambutan pelajar baru MARA oleh AJK Perubatan Alexandria di Apatmen 801 diikuti berbuka puasa bersama-sama (iftar-jama'i).


2. Mesyuarat dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di JPMK pada 18/9 diikuti hadiri Majlis Buka Puasa di Residensi Malaysia Kaherah- pada malamnya.

3. Menyampaikan satu slot pengisian minda dalam minggu orientasi pelajar baru Perubatan/MARA, di DMAK pada 25/9, diikuti menghadiri jemputan IFTar di Rumah Sabah anjuran bersama JPMK, yang terakhir diadakan.

4. Damanhour dikunjungi sekali lagi pada petang 27/9 untuk memenuhi jemputan program Iftar JPMK di Cawangan; Tetamu utama Encik Yazit Kechik sekeluarga, berbuka puasa diikuti solat maghrib berjamaah, jamuan makan malam, majlis ramah mesra seterusnya Isyak dan Tarawih berjamaah.

5. Iftar + Malam Raya diraikan di Apatment 801 pada 30 September dengan kehadiran yang amat menggalakkan para pelajar Azhariyah dan Perubatan, selamat menjamu selera, harap semuanya berpuashati, maafkan segala kekurangan; bermula dengan buka puasa beramai-ramai, diikuti solat maghrib berjamaah dan disusuli gema takbir dan acara berikut makan malam.

Syawwal


1. 3/10 di KOmpleks AsraMARA Iskandariah, pelajar-pelajar baru Perubatan selamat sampai untuk mula mendiami asrama baru mereka, sekitar jam 2 petang. JPMKcI sempat menziarahi proses memasuki asrama baru, secara keseluruhannya semua amat berpuashati dengan kemudahan disediakan!.


2. Meraikan kedatangan YAB Menteri Besar Trengganu, Dato' Ahmad bin Said, ke Alexandria di Sheraton Montaza, pada 24 Oktober, sempena Majlis Ramah Mesra beliau dan ahli rombongan bersama pelajar anak Trengganu di Mesir.



3. Seawal jam 6.30 pagi bergerak ke bandar Mansourah untuk mewakili Tuan Pengarah JPMK bagi mengiringi rombongan kerajaan negeri Sabah yang dijadual mengunjungi Presiden Universiti Mansourah pada jam 10.30 pagi 26 Oktober. Rombongan diketuai YB Menteri di Jabatan Ketua Menteri dan 4 ahli rombongan lain yang diiringi pegawai kebajikan anak Sabah Mesir.





No comments: