Tuesday, February 5, 2008

Aktiviti Januari 2008

11 Jan - Ziarah majlis cukur anak Saudara Shamsul Azrin.
Selepas solat Maghrib, kami berkesempatan melawat Suziana yang baru sahaja melahirkan putera sulungnya. Kebetulan pula dengan majlis bercukur yang disempurnakan oleh Ustz Bukhori dengan dibantu oleh Ustz Zamzaini. Tahniah kepada pasangan ini!

16-18 Jan - Lawatan Kerja Pn Rohaya Ramly ke Pejabat JPMKcI.
Kedatangan Pn. Rohaya dan keluarga ke pejabat JPMKCi dialu-alukan oleh pihak kami. Peluang untuk bertemu muka dengan pelajar Iskandariah dan bertanya khabar berita. Seterusnya pada hujung minggu, kami sama-sama mengambil kesempatan melawat sekitar Iskandariah dan berkunjung ke Souq Al Jum'ah yang terkenal dengan jualan barangan antik tidak jauh dari Mahatta Masr.

24 Jan- Rai Ulangtahun Hari lahir Ahmad Sukime dan Fazat.
Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam bidang pelajaran, berkesempatan dijamu hidangan sate daging dan 2 biji kek special.

25 Jan- Ziarah dan hadiri majlis makan malam di rumah pelajar, Saudari Nor Zuraidah.
Kenduri kesyukuran dan majlis makan malam di rumah Ida dan rakan-rakannya sungguh meriah sekali dengan pelbagai juadah yang enak. Peperiksaan sudah berakhir, maka peluang ini dimanfaatkan dengan menziarahi sahabat handai. Terima kasih daun keladi... lain kali jemput lagi

26 Jan- Ziarah perpisahan pelajar, Saudari Nor HasLiza bt Che Pin.
Maas Salamah diucapkan kepada ukhti yang akan kembali ke tanahair setelah menamatkan pengajian dalam bidang Bahasa Arab selama 2 tahun di bumi Mesir. Moga kembali menabur bakti kepada keluarga dan masyarakat..

27 Jan - Mesyuarat AJK Tawkil di Pejabat JPMKcI, jam 10 pagi.
Mesyuarat dengan AJK Tawkil bagi membincangkan status terkini sijil-sijil yang diuruskan, seterusnya merangka gerak kerja bagi tahun 2008. Ahli turut membincangkan isu, masalah dan cadangan penyelesaian. Semoga AJK terus bersemangat untuk menabur bakti walaupun banyak halangan dan rintangan. Moga mendapat restu Ilahi.

27 Jan - Kunjungan ke Rumah Johor Iskandariah, jam 1 tengahari.
Membuka tirai tahun baru 2008, saya baru berkesempatan menziarahi siswi-siswi di Rumah Johor. Selama hampir 2 jam, kami berkesempatan untuk sama-sama bertaaruf, berbincang dan bermesra. Kejutan oleh penghuni asrama yang menyediakan 2 biji kek yang enak untuk santapan semua.


27 Jan - Ziarah perpisahan pelajar Sarjana Wan Salimi dan isteri Maryam Jamilah, yang tamat pengajian, jam 7 malam
Selamat pulang ke tanahair kepada pasangan ini yang hampir 7 tahun menuntut ilmu di Mesir ini. Good luck ....Jumpa Lagi.

No comments: