Sunday, September 23, 2007

Perpisahan... Tuan Pengarah



22-24 September- Hari-hari terakhir buat Pengarah JPMK, Prof Madya Dr Mohd Fakhruddin Abd Mukti, yang menamatkan perkhidmatan di bumi Egypt pada 25/9 selepas bertugas selama 2 tahun, mulai 1 Mei 2005, pelbagai pengalaman, dan Jasamu DiKenang, Budimu DiSanjung. Bermula anjuran DMAK, Abbasiya pada petang Sabtu, ke Hotel Flamenco, Zamalek pada Ahad oleh JPMK, dan kembali ke DMAK anjuran Perwakilan pada Isnin, untuk majlis-majlis perpisahan dianjurkan pelbagai pihak sebagai merakamkan penghargaan atas bakti cemerlang gemilang terbilang beliau di sini. Tidak ketinggalan jemputan 'morey' Ustaz Yazid di Dokki. Selamat kembali ke tanahair untuk meneruskan misi pendidikan dan membina modal insan agar mempunyai minda kelas pertama...

No comments: