Thursday, September 13, 2007

Lawatan Khas ke Asrama Pelajar

11/9 (5.30pm)-
Selepas hampir seminggu berada di asrama, kami sempat menjenguk kembali para pelajar baru perubatan MARA untuk memastikan kedudukan sebenar mereka, kesempatan ini diambil dengan melawat bilik-bilik kediaman, dewan makan, makanan disediakan dan mendengar sebarang aduan mereka. Selepas maghrib Pn Sanaa, PRO universiti sempat menjenguk dan bertemu serta mengadakan perjumpaan ringkas bersama para pelajar. Dimaklumkan para pelajar lelaki bakal berpindah ke asrama kekal di Smouha mulai Khamis, 13/9 selepas Zohor.

No comments: