Monday, May 21, 2007

Serlahkan Kecemerlangan


Mei.07- 'Demam' exam melanda para pelajar Azhar di Alex. Moga tenang dan dapat menjawab soalan dengan baik. Yang utama, persediaan sebelum peperiksaan adalah penting seperti penguasaan topik sepenuhnya, menghayati penyampaian pensyarah dalam kelas, menghidupkan sistem pembelajaran berkumpulan, membuat nota, banyakkan berdoa sambil mengulangkaji, dan setelah bersedia sepenuhnya, pasti hati kan tenang menghadapi saat peperiksaan dengan skil penulisan jawapan berbahasa Arab yang mantap. Setelah menjawab dgn sebaiknya, serahkan keputusan kepada Allah, itulah dinamakan konsep Tawakkal sebenarnya. Anda boleh buktikan kecemerlangan jika benar-benar bersedia. Buktikan bahawa graduan Azhari boleh!

No comments: