Friday, April 27, 2007

Kursus Kesihatan dan Anda



23.02.2007- JPMK cawangan Iskandariah dengan kerjasama Kelab UMNO Iskandariah telah menganjurkan Kursus Kesihatan & Anda

Kursus ini disertai oleh 30 orang pelajar-pelajar Fakulti Pengajian Islam. Fasilitator yang terlibat terdiri daripada 5 orang pelajar Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah. Antara fasilitator yang terlibat ialah Wan Mazrizman, Waramlah, Nik Nabihah dan Maryam.

Kursus ini dibahagikan kepada 2 slot:

Pertama - Pengenalan serta taklimat kepada istilah-istilah yang biasa digunakan oleh doktor dan istilah tentang jenis-jenis penyakit yang biasa terjadi.

Kedua - Sesi lakonan atau satu situasi di mana peserta disediakan satu soalan dan melakonkan situasi tersebut dihadapan Fasilitator dalam Bahasa Arab.

No comments: